PENGENALAN
Akta Kerja 1955 dan Pindaan Kerja Akta 2012 adalah merupakan perundangan utama yang mengawal selia hubungan majikan dan perkerja di sektor swasta. yang bertujuan menetapkan terma-terma perkhidmatan minima serta peraturan-peraturan asas yang perlu diikuti oleh majikan dalam menggaji pekerja. Akta ini memperuntukkan terma-terma minima kepada pekerja serta tanggungjawab majikan.
Adalah penting bagi setiap kakitangan yang bertanggungjawab dalam menguruskan isu-isu berkaitan sumber manusia mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam peruntukan- peruntukan Akta Kerja ini. Melalui pemahaman yang mendalam, mereka dapat memastikan kesilapan-kesilapan yang berkaitan terma-terma perkhidmatan kakitangan tidak dilakukan.
Selain itu, kursus ini akan membincangkan berkenaan pemakaian dan implementasi Akta Kerja 1955 termasuk pindaan yang telah mula berkuat kuasa pada1 Januari 2023. Di akhir kursus ini peserta akan berkebolehan untuk memahami dan melaksanakan peruntukan- peruntukan Akta sejajar dengan pindaan terkini.